Program Madani Rakyat (Pmr) Negeri Sembilan Dan Kempen Internet Selamat
23 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini22 Ogos 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah menyertai Kempen Internet Selamat (KIS) yang diadakan bersempena Program MADANI Rakyat 2025 Negeri Sembilan. Program ini berlangsung di Dataran Nilai dari pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang. Seramai murid daripada 11 buah sekolah rendah dan menengah telah mengambil bahagian dalam program yang sangat bermanfaat ini.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik dijalankan dengan bimbingan fasilitator daripada NADI. Terdapat seramai tujuh orang petugas yang terlibat, antaranya Puan Nuryatul Binti Muhamad Nor, Puan Umi Rafidah Binti Puasa, Puan Norsyamimi Binti Suhaimi dan beberapa fasilitator lain yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada peserta.
Kemuncak program ini adalah sesi penyampaian Ikon K-DAT Guru dan Ikon K-DAT Murid yang telah disampaikan oleh Tuan Ts Md Tahir bin Musa, Pengarah MCMC Negeri Sembilan. Pelantikan ikon ini amat bermakna kerana mereka akan menjadi duta kecil yang menyebarkan kesedaran tentang keselamatan internet di sekolah masing-masing.
Kesimpulannya, program ini sangat berguna kerana memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid tentang cara menggunakan internet dengan selamat, beretika dan bertanggungjawab. Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan agar lebih ramai pelajar mendapat manfaat.
✨ Internet Selamat, Tanggungjawab Bersama ✨
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: